Bertemu lagi.
Kita mengupas sedikit lagi berkenaan tema dan persoalan.
Begitupun barang harus diingat, sahabat-sahabat hamba. Adapun nota yang diperturunkan di sini adalah
sekadar penambah ilmu. Menulis adalah
proses yang panjang dan ruwet.
Sepanjang perjalanan itu nanti, kita akan menemukan dengan
sendirinya apa sahaja elemen-elemen teknikal yang Che’ perturunkan sedikit sebanyak. Ibaratkan diri anda dalam perjalanan menaiki
bas. Anda mungkin pernah melalui laluan
itu dengan bas ekspres. Tapi apabila
anda menaiki bas henti-henti, setiap hentian merupakan pengalaman pengamatan
yang baru buat minda.
Che’ lah drebar bas ekspres itu, manakala anda drebar bas
henti-henti. Kutiplah dan buat penilaian
pada setiap singgahan anda.
Okey.
Dalam konteks sastera, persoalan adalah isi-isi kecil yang
menguatkan tema. Sebagai contoh, sebuah karya bertemakan misteri. Persoalan-persoalannya ialah, dari mana
kejadian bermula. Bagaimana ia menjadi misteri.
Siapa sebenarnya yang misteri, kenapa ia menyembunyikan perkara itu
sehingga menjadi misteri.
Che bawakan satu lagi contoh (ini pemahaman che’) – tema
kasih sayang. Anda harus bijak
menimbulkan pelbagai macam persoalan atau masalah untuk diselesaikan oleh watak
atau kalau anda bijak dan merancang untuk menyusahkan pembaca anda.
Susahkan mereka! Risiko, anda tanggung sendiri. Apapun tema atau persoalan, harus dibantu
oleh aspek-aspek lain yang akan mengukuhkan lagi plot. Jika keliru, gunakan formula karangan
autobiografi ‘Saya sebatang pen’.
Persoalan dlm autobiografi saya sebatang pen:-
Siapa /apa -
pen/aku
Kenapa
- untuk
menulis/Bantu buat kerja sekolah,
menanda buku, menandatangan
autograf (contoh)
mana
-
kilang/dlm kotak/kedai
buku/bekas pensil/sekolah
bagaimana
- dibuat/dibungkus/dijual/digunakan/dibuang
Jika anda membaca karya J.K. Rowling sekalipun, itulah
persoalannya. Siapa Harry Potter. Kenapa dia mengembara. Di mana dia mengembara. Bagaimana dia mengembara. Bermakna, mahu tak mahu karya yang baik,
perlukan banyak persoalan dan sama ada ia perlukan jawapan atau tidak –
memerlukan bantuan gaya
bahasa, watak, latar dan plot yang akan dibincangkan seterusnya.
Pendek sahaja untuk hari ini. Kalau kurang mengerti, boleh pm che’. Atau anda inginkan karya anda dibedah secara
maya, boleh pm che’ seperti yang che’ buat pada karya. Che’ cuba membantu apa yang patut, dan
sebenarnya bila membaca karya-karya kalian, che’ juga belajar mendalami apa
yang che’ tahu samar-samar sahaja sebelum ini.
che' tak sebagus mana, tapi che' nak berkongsi.
SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH,
Che' Mon.
* Sharif Shaary, Rahman Shaari, Mohd Rosli Saludin, 2012 Kupasan & Kajian KOMSAS Tingkatan 2, Sasbadi Sdn Bhd
* www.bmspm.net/aspeksastera.htm#atas
*Othman Puteh, 1992 Persediaan Menulis Novel, DBP
No comments:
Post a Comment