..yang bernama sahabat

Monday, 24 December 2012

Ikut Kata Hati : My Cheeky Sweetie Abang by Lily Haslina Nasir

Bismillahirrahmanirahim,

Kalau anda tengah santak kepala memikirkan telatah anak-anak yang baru nak naik, lepas tu tak tahu mana nak dihalakan segala pertanyaan, cuba baca buku buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir ni, My Cheeky Sweetie Abang.

Ia memang macam novel biasa, macam novel tak biasapun ada fasal covernya gambar KwangMin.  (Anis marah sungguh bila saya kelepet-kelepet muka surat dia.  Comot gambar KwangMin dia) uwek...

Tapi, kat dalamnya ada beberapa panduan walaupun disampaikan secara hu ha (???) oleh penulisnya.  Penulis mengabadikan pengalamannya mendepani empat orang anak yang meningkat remaja dengan caranya tersendiri.  Cara orang Malaysia, tapi Malaysia baru.  Ada rotan, ada diplomasi.  ada pengalaman sedih, mencemaskan, lucu, luar biasa semuanya terangkum dalam bahasa yang segar dan agresif.

Menariknya, ia dibahagikan kepada dua slot seperti komunikasi dua hala melalui media terkini iaitu blog dan facebook.  Ada sessi membela diri pada setiap bab.  (biasalah, anak remaja...asyik dia aja yang betul)

cumanya, ada beberapa kesilapan ejaan selain bacaan ini sesuai untuk semua peringkat umur.  Jangan persoalkan bahasanya yang bercampur-campur sebab saya rasa penulisnya mengambil pendekatan bahasa blog yang lebih mendekatkan dirinya dengan khalayak.

Keseluruhannya saya sangat terhibur kerana banyak ilmu saya dapat daripada novel ini.  begitupun tersentuh juga hati ini apabila nama Hizairi Othman, penulis pujaan kami di era 90an dulu, dirakamkan dalam novel ini. Bagi saya, seperti yang saya komen di dalam group page MPR & Rakan, beliau adalah Aaron Aziz kami ketika itu.  semoga dia di dalam lindungan Allah, begitu juga Al Fatihah buat ayahanda Othman Puteh.

kredit : daripada blog penulisnya, Lily Haslina Nasir
Kalau mahu mendapatkannya, terus ke FB Lily Haslina Nasir, dia akan guide anda dari sana.  Selamat Membaca dan berhibur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...