Catatan : 28 Muharram 1434
Asalnya, aku namakan Langgam Berkasih tapi tiba-tiba aku nak tukar pada Diney, Pawaka di matamu. Tak jadilah. Akhirnya jadi Pawaka sahaja.
Mungkin akan balik semula Pawaka Di Hati/di mata atau di mana-mana. Mengada-ngada betul. Watak-watak yang masih lagi menjalani proses ujibakat di dalam minda ialah Daniel Muiz, Nik Faridzuan Arif, Dineyatulzawi, Danish, Aishah Khadeeja, Puan Rohana, Encik Hashim, Maimon Haiza, Damia dan lain-lain watak tambahan yang sedang beratur.
Muiz @ Dato' Daniel Muiz |
Plot, latar dan segala-galanya masih lagi berada di tangga paling bawah dalam peringkat pemprosesan cerita, tunggu dijemput untuk masuk bersimpuh di beranda imaginasi. Bagaimanapun, wajah-wajah watak telahpun tergambar tetapi aku keliru pada siapa hendak aku berikan Daniel Muiz dan pada siapa harus memegang amanah sebagai Nik Faridzuan Arif.
Dato' Daniel Muiz, wow, dato' kau! habis, orang lain asyik buat cerita dato dan datin ni.... akupun nak buat juga. cerita cinta? hmmm mungkin ya atau mungkin tidak. Kenapa Daniel Muiz? Daniel tu nama nabi, Muiz itu salah satu daripada 99 Asma Ul Husna. Maka, aku akan telusuri Surah Al Hadad semasa nak menyiapkan naskhah ni... Kenapa asyik aku mempromosi Daniel Muiz dari tadi? sebab Muiz yang jadi watak utama. Pertama kali aku meletakkan lelaki sebagai watak utama.... eksperimen...eksperimen....
Nick @ Nick Faridzuan Arif |
nantikan post2 aku di sini.
No comments:
Post a Comment