Catatan 6/2/34
Assalamualaikum,
Perjalanan mencari diri, saya teruskan. Selepas melahirkan saya kira cuti bersalin 2 minggu tidak mencukupi. Memang saya keguguran, tetapi prosesnya ialah proses kelahiran. Maka apa yang dilalui oleh para ibu yang bersalin normal atau ceaserian, saya rasai.
Tekanan semakin mencengkam dengan sikap pegawai atasan saya yang saya rasakan tidak berperikemanusiaan. Kerana marahkan pengurusan menukarkan dia ke cawangan kami, dia bagaikan mencari seseorang untuk melepaskan tekanan. Seseorang yang malang ketika itu adalah saya. Semua perbuatan atau tugas saya cacat di matanya. malahan saya sering disindir-sindir tanpa sebab. kelemahan saya ialah saya tidak melawan balik. Malah, ketika dimarahpun tidak mampu menjawab.
Ramai mengatakan saya bodoh kerana tindakan itu menggambarkan saya tidak mampu membela diri. Kekuatan saya adalah air mata yang saya tumpahkan setiap hari setiap kali balik kerja. Hinggakan, pernah satu ketika suami saya masuk ke lobi bank tempat kerja saya untuk menyerang semula pegawai saya itu. Tetapi, puas saya pujuk, akhirnya dia mengalah. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku.
Ya saya memang bodoh. Tetapi pada masa itu, dugaan itulah yang menguatkan rohani saya. tidak pernah sekalipun saya tertinggal bertahajjud. Tidak pernah sekalipun dalam doa saya sepanjang solat yang lima mahupun yang sunat, saya lupa memohon kekuatan hati untuk diri saya. Juga menterbalikkan hati kafir zimmi ini daripada terus menganiayai saya.
saya adalah kakitangan terawal datang bekerja. Saya yang akan membuka pintu, meng'un-armed' alarm juga tugas saya. Maka saya ada banyak masa untuk berbuat sesuka hati seorang diri di antara waktu pejabat di buka sehinggalah kakitangan lain datang kira-kira jam 8.30 pagi.
apa yang saya tahu ketika itu ialah membacakan surah Al-Fiil (105:1-4) dikenali oleh kita sebagai ayat Alam Tarakai. Itulah ayat yang saya baca dan saya hembuskan ke kerusi pegawai atasan saya itu setiap pagi. selain solat hajat dan doa lainnya.
sukses atau tidak? Allah sahaja yang mengetahui dengan menghantar seorang lagi kakitangan baru yang kemudiannya menjadi mangsanya. Perhatiannya beralih daripada saya dan semakin hari kami menjadi semakin akrab.
lalu nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan?
No comments:
Post a Comment