..yang bernama sahabat

Thursday, 13 December 2012

Mencari Diri 2

Catatan 29 Muharram 1434

Langkah pertama penjejakan ke Tanah Suci bermula di sini.

Saya bertugas di sebuah bank 'anchor' di Malaysia.  Dengan jawatan biasa-biasa juga gaji biasa-biasa tetapi berdepan dengan orang yang luar biasa.  Setiap hari.  Dari pengurus, kakitangan, apa lagi pelanggan-pelanggannya.

kredit utk dreamtime.com
Hari penjejakan (saya tak mahu namakan hari malang)
yang paling bermakna dalam hidup saya itu mendatangkan dirinya beberapa tahun yang lepas.  Saya 'terbayar' atau 'terberi' atau dalam istilah perbankannya 'negligent' (sebutannya neglijen) memberi lebihan RM1000 kepada seorang pelanggan.

Ditambah lagi, dengan ketuaan saya, saya gagal mengingat siapakah pemenang loteri itu kerana setiap slip pembayaran saya, saya catatkan jumlah denominasi dan amaun yang betul.  Diganti?  Gaji saya boleh membayarnya, tapi bagaimana dengan hutang yang berjejeran setiap bulan?  melaporkan kepada pihak atasan hanya akan menambahkan titik hitam dalam fail peribadi saya.

Menjeruk rasa, saya diamkan.  Waima kepada suami. Beberapa hari selepas itu, hari Jumaat seingat saya, saya dan Laila Munira bersarapan di restoran Ali Maju yang kini jadi milik Zubir dan adiknya Mahathir sepenuhnya.  Muncul Ustazah (saya tak boleh ingat namanya...Ya Allah ampunkan saya) yang saya kenal amat.  Manakan tidak, dialah yang 'mendiamkan' Anis Suraya Maznum pada hari pertama tadikanya dengan jegilan matanya sahaja.

Allah memberi ilham menerusi hambaNya.  Tanpa saya bercerita dia memberitahu.  Jika rusuh hati apa nak buat:-

1.  bertahajjud sepertiga malam
2.  lakukan solat hajat
3.  memohon dan bercakap dengan Allah.  Jangan bercakap lagak leftenan komander.  Bercakaplah sebagai     prebet biasa!  Jangan mengarah Allah untuk memakbulkan permintaan kita.  Tapi mintalah Allah memberikan peyelesaian terbaik.  Redha dengan apa juga ketentuannya.
4.  Selepas itu, habiskan satu surah Yassin dan berdoa lagi.
5.  Lakukan tanpa henti setiap malam.

                                                          BLING

Minggu berikutnya pada hari Selasa atau Rabu, saya dipanggil pengurus.  Si pemenang loteri itu mengembalikan kembali wang RM1000.  Dia seorang lelaki berbangsa Cina yang sangaat jernih wajahnya dan berkata kepada saya, "saya tak berani simpan duit yang bukan duit saya..."

LALU NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...