28 Muharram 1434
Catatan ini sepatutnya menjadi terlalu peribadi untuk tercoret di ruangan ini. Tetapi berdiri di atas dasar hidayah itu milik Allah tetapi berdakwah hak manusia, maka saya gagahkan tangan menaip. Setidak-tidaknya inilah lakaran pemori paling agung dalam kehidupan saya sebagai individu. Saya enapkan juga sebagai renungan untuk anak-anak dan sahabat-sahabat.
Saya namakan ia Mencari Diri kerana
perjalanan ini terasa jauh, meletahkan dan menuntut pengorbanan bukan sedikit.
Mencari Diri 1 - Anak Nakal
Saya anggap diri anak nakal. Anak tunggal yang selalu culas solat. Culas puasa kerana kemanjaan. Sukar berkongsi kerana 'ketunggalan' itu. Kerana keadilan Allah jugalah saya ditemukan dengan seorang lagi 'anak nakal' yang menjadikan saya matang. Kerana saya percaya, wanita yang baik akan bertemu dengan pasangan yang baik. Begitu juga kalau wanita yang nakal, dia akan bertemu dengan pasangan yang nakal...
Matang dalam menangani dugaan semestinya. Kerana anak nakal inilah saya menjadi terlalu berdikari dan mula mencari tuhan saat bendungan di dada tidak bisa diluahkan pada sesiapa.
TITIK
Apa kena mengena anak nakal ini dengan perjalanan mencari diri ribuan batu hingga ke Tanah Suci?
KOMA
Seperti awalan bicara saya, hidayah milik Allah. Dakwah milik manusia. Saya didakwahkan oleh anak nakal itu dengan cara yang paling menyakitkan. Dugaan demi dugaan ditimbulkan, melarikan saya pada manusia, mendekatkan pula saya kepada tuhan.
TANDA SOAL
saya tiada tempat mengadu....
jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment