kit pengurusan jenazah jenama Kifayah - |
ini nota untuk Anis Suraya Maznum, Ummi Zahra, Umar Bukhary dan Affan Bukhary.
Mari kita mandi
jenazah …. (maksud saya mari kita mandikan jenazah.) Kalau sebut mandi jenazah, yang paling kuat di
hidung kita ialah bau kapur barus. Kenapa
ya?
Asal bau kapur
barus aje, bau kematian... kesihan kapur barus, terfitnah.
Pengurusan
jenazah hukumnya fardhu kifayah. Gugur
kewajipan ke atas diri kita seandainya ada orang lain melakukannya. Tapi, pahala menyempurnakannya –MKSK sangat
besar.
Mandi, Kafan, Solat,
Kebumi. Tapi dosanya covered satu
kampung atau mukim kalau tak ada seorang umatpun yang tak menyempurnakannya.
Ini nota santai,
daripada seorang hamba Allah yang kurang ilmu tapi mahu berkongsi dengan
sahabat dan kerabat mengenai topik ’tabu’ di dalam masyarakat Melayu. Diharapkan kesilapan fakta, jika ada dapat
diberikan komen dan diperbetulkan.
(saya masuk bab
mandi dulu, kerana itu yang paling penting, saya rasa)
Langkah demi
langkah
- Bayangkan si mati itu adalah keluarga
terdekat kita. (Seeloknya kita
belajar ini untuk menguruskan ahli keluarga terdekat kita nanti) Nota ini
juga untuk anak-anak saya, sebagai pedoman sewaktu menguruskan jenazah
saya dan suami, esok lusa (Mati itu pasti, hidup InsyaAllah; Ramli Awang
Murshid).
- Baca Al Fatihah, 3Qul, Ayatul Kursi
dan ayat-ayat pendinding lain yang anda tahu. (Jangan buruk sangka, tapi berjaga-jaga. Apa-apa, semuanya di dalam tanganNya.)
- Pastikan persiapan mengafan dilakukan
terlebih dahulu.
- Tengok alat dan bahan-bahan. Dah sedia atau belum. Tempat mandi, air mutlak
secukupnya. Seelok-eloknya kita
tarik getah paip. Air sabun atau shower gel/buih mandian/syampu/sabun cap
kapak/(yg halal, jgn belasah Thailand punya!!!) Pesan leader saya, utk
yang tersayang, belilah shower foam yg mahal-mahal dan terbaik. Dapat pahala, dan tanda kasih sayang
kita... jgnlah belasah sabun cap kapak ataupun sabun Popinjay ajer..
INGAT! MACAMANA KITA MANDI MASA HIDUP, BEGITU JUGA MANDI MASA MATI
- Bahan lain, kapas atau putik kapas
utk cuci telinga dan hidung sebelum start mandi.
- Kayu sugi @ kain bersih untuk cuci
gigi (kalau masa berwudhukpun kena kumur dan bersihkan gigi) – Rasulullah
buat ya. JANGAN PULAK PERGI
KUMURKAN ARWAH!!!
- Sarung tangan – untuk kegunaan
INSTINJAK
- Daun sidrin (bidara) – ramas dan
sedia dalam anggaran 3 jirusan.
- Air kapur barus – dibancuh dlm
anggaran satu jirusan (KALAU OUT OF STOCK, BOLEH JUGA GUNA UBAT GEGAT –
INGAT – KEGUNAANNYA UTK MENGHILANGKAN SEBARANG BAU DAN GANGGUAN
SERANGGA...jangan sensitif. Jam tu,
kita tak boleh marah dah, dah mati!) Air kapur barus ni dikatakan boleh menyejukkan mayat (oppss jgn salah
faham – sejuk panas terpulang pada amalan masing-masing)
- Air mawar/air inai/akar sintok –
dibancuh dlm anggaran satu jirusan (Cik Mon – leader aku pesan setengah
botol untuk satu baldi) Botol tu
lebih kurang botol air cap badak.
Dalam kit persediaan jenazah semuanya dah ada. Tujuan kesemua air ini adalah untuk
menghilangkan bau.
- Masker – tutup mulut tukang mandi
BUKAN tutup mulut jenazah !!! (JIKA BERKENAAN)
- Gunting untuk memotong pakaian
jenazah (jika sukar nak ditukar @ jenazah kemalangan @ yang menghalang
pakaian ditanggalkan dengan cara biasa.)
-
Lidi – untuk cungkil kotoran bawah kuku. Kalau jenazah bercutex,
cuba tanggalkan. Kalau tak boleh,
biarkan dia bawa cutex dia sama berjumpa Mungkar dan Nakir. JANGAN
SAKITKAN JENAZAH!!!
- CLOROX – kalau jenazah berpenyakit
berjangkit (utk pengetahuan sahaja – biasanya pihak hospital akan uruskan
sebab mereka ada SOP)
- bakar kemenyan – untuk hilangkan bau,
jika ada.
- tanggalkan pakaiannya – perhiasan dan
sebarang benda yang menghalang air melaluinya. (sama macam wudhuk) Apa-apa yang palsu
yang boleh ditanggalkan – tanggalkan.
Kalau allayarhamah berambut panjang, lepaskan rambut supaya diratai
air (sama macam mandi wajib) Kalau tak boleh biarlah dia bawa bersama-sama
bertemu Mungkar dan Nakir. JANGAN
SAKITKAN JENAZAH!!!
- Tutup mayat dengan kain yang menyerap
air. Kita biasa dengar batik lepas
kan? Batik tak lepaspun boleh,
asalkan ia menutup aurat mayat. INGAT !! JAGA AURAT MAYAT.
- Berniat – di dalam hati. PENTING untuk leader. Tak tahu bahasa Arab niat bahasa Melayu
sahaja aku mandikan jenazah ini (lelaki atau perempuan) lalukan air mutlak 3x di atas mayat bermula dari kepala ke
kaki. Kemudian anggota sebelah
kanan dan seterusnya anggota sebelah kiri.
PERLAHAN-LAHAN, JANGAN SAKITKAN MAYAT
- Iringkan lambung kanan mayat, gosok
dan sabun perlahan-lahan.
Seelok-eloknya anak/adik-beradik/waris standby bahagian kaki,
tengah dan atas badan supaya kerja jadi cepat. Gosok dengan sabun perlahan-lahan dan
bersihkan dengan air mutlak. JANGAN
BERZIKIR KUAT-KUAT. Semasa memandikan jenazah. Makhruh.
Memadailah kita berzikir di dalam hati.
- ISTINJAK (MERUAM)
Proses ni mungkin yg jadi kemusykilan sikit iaitu mengeluarkan najis dan
kotoran daripada perut jenazah. INGAT,
JANGAN SAKITKAN JENAZAH.
Anak-anak, buatlah sendiri. Masa
kecil dulu mak abah cebok hangpa! Kali ini aja, SEKALI dan last (kecuali kita
ada mak abah lebih daripada sepasang)
Menantu-menantu, kalau emak mertua tak ada anak perempuan, buatlah...tak
kisahlah masa hidup dulu dia buat kita macam mana. Last service kita untuk dia...
Alirkan air di bahagian atas kemaluan/ jirus tanpa henti/ tekan perut
jenazah perlahan-lahan. Lebih baik kalau
mampu angkat sikit jenazah sekadar 45 darjah.
Kata leader saya, lebih mudah najis keluar (kalau ada)
Bukakan sikit kaki jenazah. Gunakan
tangan kiri untuk memeriksa najis di dalam dubur. JANGAN TENGOK AURAT
MAYAT!!! Angkat tangan dan suruh saksi
sahihkan ada atau tidak lagi. Buat
beberapa kali sampai bersih dan yakin.
- confirm bersih, jirus ketiga-tiga air
yang disediakan tadi, air kapur barus/air mawar/inai/bidara air ni
dipanggil air sembilan. Sebab jirusannya
3x untuk ketiga-tiga air. Tapi bukan wajib. Nak siram lebihpun tak apa.
- Wudhukkan mayat. Tak payah kumurkan!!! Niat sahaja aku mengambil wudhuk untuk
mayat ini (lelaki/perempuan) kerana Allah taala. Ambillah wuduk macam biasa.
- bila dah siap, pakaikan cawat – macam
kita dulu-dulu pakai pad guna kain batik
- Lap dan tukar kain bersih, tutup dan
jaga auratnya untuk disempurnakan pengafanannya. Kata leader aku, mandi jenazah tak ada
rukun, maknanya tak ada tertib. Ada
yang mendahulukan instinjak sebelum mandi, ada yang berniat wuduk
seterusnya menyabun. JANGAN JADI
ISU. Andaikan macam kita
mandi. Bukannya kita ikut step yang
sama setiap hari. Janji kita berbalik kepada matlamat asal iaitu
membersihkan/mewudukkan jenazah sebab dia nak mengadap Allah, penciptanya. Sebab dia dah tak boleh buat
sendiri. Meniga-nigakan air itupun
atas dasar mustahab (digalakkan).
Jangan BERTEKAK depan mayat pasal benda-benda yang remeh.
- Pesan Ustaz Hj Razmi, pembimbing kami
hari tu, pengurus jenazah kena BERANI, IKHLAS DAN JUJUR. Aku rasa kalian tahu interpretasi
ketiga-tiga perkara tu macam mana kan...
BEGITUPUN, INI TEORI SAHAJA. TIBA
MASA BERPRAKTIKAL, SAYA MOHON KITA SEMUA DIPERMUDAHKAN ALLAH.
Leader aku pesan
juga elok simpan satu kit kain kafan kat umah. Standby kain batik lepas dan kain batik tak
lepas banyak-banyak. (kain batik tak
lepas, kain batik biasa yg tak berjahit) Buat ingatan. Untuk yg perempuan, kalau nak lawa lagi,
standby satu set telekung putih yang paling cantik... WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment