..yang bernama sahabat

Friday, 14 December 2012

Mencari Diri 3

Catatan 1/2/34 Hijrah.
Assalamualaikum.
(Ya Allah, saya mohon pembersihan hati daripada rasa ujub, aaamin)

Catatan ini lebih kepada pelepas lara atau laluan alternatif buat sahabat dan kerabat yang kusut rusuh mencari jalan  keluar.  Saya mula cuba bangun malam, bersolat sunat. tetapi solat wajib masih rongak.  Ibarat memberi sedekah menggunakan 'cash advance' kad kredit.

dugaan datang lagi.



11/2/2011, sepatutnya petang nanti saya ada check-up untuk kandungan yang masuk 6 bulan.  tetapi sebaik sahaja keluar dari tandas, tanda-tanda melahirkan sudah kelihatan.  Saya meraung.  Anak keempat saya sudah berumur 6 tahun ketika itu.  Ini kandungan ketujuh dan pagi Jumaat itu juga saya dan suami ke klinik berdekatan.

Dengan wajah suram, Dr Yati memberitahu kemungkinan petang nanti saya akan melahirkan.  Dan, kemungkinan peluang untuk bayi ini menghirup udara bumi ini memang tiada.  Waktu azan Asar berkumandang, bayi yang belum terbuka matanya, saya lahirkan secara normal.  saya namakan Munira AzZahra dan sejam selepas itu, dia pergi.

Traumanya berlanjutan hingga semasa di dalam pantang.  Setiap hari saya menangis melihat baju-baju kecil dan comel yang telah saya siapkan di dalam bakul di sebelah katil.

argh...alangkah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...