"Hah Datin Sheema...ya...ya...' mama menyarung kasut yang senada dengan warna selendang, tas tangan dan tanah bajunya.
"Ya...sekejap lagi saya sampai...baik-baik..."
Dort menarik-nark hujung bermudanya. Tanpa berkelip memohon pengertian dari mama.
"Bang...Dort...I ada dinner kat rumah persatuan. kalau ada apa-apa, call handphone ya!" pesanan itu sedikit sayup ketika mama sudah pun membuka pintu kereta. Dort berdiri di ambang pintu. Memerhati sahaja.
"Hah! Datin Sheema...ya...ya..."
"Dort," Keras suara ayah mengingatkan perbuatan mengajuk aksi mama itu tidak baik. Dort kembali duduk di kerusi berhampiran piano.
"Di samping tu, dapat juga kau tengok-tengokkan pengundi di kawasan ayah. Dengar ceritanya pembangkang dan pandai main belakang sekarang..."
Dort menjeling kalendar. Esok. Lusa. Atau bila-bila masa. Kerusi ayah akan patah. Dort tidak risau tentang itu. Kerusi ayah memang patut ayah lupakan. Sengaja Dort pulang sendiri ke kampung. Sengaja ditolak pelawaan ayah yang meminta Wak Toha menggerakkan Mercedes siri terbaru di laman rumah nenenk. Nenek tersengih-sengih melihat Dort berpeluh-pelh mengheret beg yang serasa berkoyan beratnya.
"Mama dan ayah kirim salam," Dort menunda wajah masam dan masuk ke dalam bilik
"kamu ni, macam tak ikhlas aje..." agak nenek.
memang tak ikhlaspun!
"Kalau rasa terpaksa, baik kau balik. Nenek tak suka tengok kamu tak gembira,"
Dort berhenti sejenak. Kemudian terus mengeluarkan pakaian dari beg kulit itu.
"Buat sesuatu biarlah ikhlas. Diniatkan dari hati yang tulus suci. Kerana Allah. Bukan sebab terpaksa. Kalau selain kerana Allah, nescaya tak lama. Percayalah cakap nenek..."
Dort merasa sedikit tercabar. Siap mengemaskan dirinya, hidungnya dicucuk bau yang menyenangkan . Teh kegemarannya. Hanya hasil tangan nenek yang memuaskan hati. Cukup susu. Cukup tehnya. Ada manisnya.
"Kau tak mahu kerja ke?"
Nenek menuangkan teh ke dalam gelas. Dort menggeleng-geleng. Cepat-cepat melabuhkan punggung ke kerusi keras di dapur itu.
"Budak-budak perempuan kampung ni, habis keluar ke bandar. Jadi operator..." nenek bercerita, separuh bangga.
"Nenek tahu ke...operator tu apa?" Senyum Dort memecah separuh.
"Tahu! kamu ingat nenek ni koman sangat ke? Tu...yang kerja buat komputer tu. operatorlah tu..."
Memburai ketawa Dort beriring angin petang. Nenek terpinga-pinga namun senang melihat ketawa cucunya. Cucu yang seorang daripada anak bongsunya. Hanya anak bongsunya yang menjadi. Yang lain? nenek mula membanding-banding.
"Apa rancangan kamu?"
"Entah!"
No comments:
Post a Comment