..yang bernama sahabat

Tuesday, 17 September 2013

Menanti Oktober

marketplace.secondlife.com
”Kenapa tuanku ikutkan hati?  Kalau tuanku mati di tangan Indera Laksaman selepas ini, tidakkah segala-galanya lebih sia-sia?”
            ”Jangan nak bermain kata-kata dengan beta.  Muak beta mendengarnya,”  Raja Helang Olak Lapan mencacakkan pedangnya ke tanah bagaikan tongkat.  

Sebelum melabuhkan punggung di atas batu berhampiran tempat Kembang Dahlia diikat.   Misai yang melintang digintil-gintil dengan tangan kanan.  Raja Helang Olak Lapan nampak bengis dengan kepala yang tidak berambut waima sehelaipun.  Setidak-tidaknya mahkota kebesaran yang terletak dahulu, melindungi kekurangan itu.  Benarlah kata orang jika kekuasaan itu dimiliki dengan cara yang salah, apabila hilang maka terserlahlah kecacatan tanpa sedar atau tidak.



            ”Hamba tak bermain kata-kata.  Hamba minta tuanku berfikir.  Janganlah kerana pinangan tuanku ditolak, sebuah negeri menjadi binasa.  Tuanku membina negeri bertahun-tahun, apakah kerana seorang wanita, tuanku runtuhkan ia dalam masa sehari?”  Kembang Dahlia sekadar mencuba nasib. 

 Ketika Raja Helang Olak Lapan menoleh, dia menghentikan usaha menanggalkan ikatan.  Tetapi apabila pandangannya dihalakan ke tempat lain, Kembang Dahlia bermati-matian cuba melonggarkan ikatan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...