..yang bernama sahabat

Thursday, 5 September 2013

Pak Mun Lelaki Misteri

 Pak Mun yang datang dalam mimpi dipinjam daripada http://www.mstar.com.my
"Pak Mun dah tebus engkau.  Bergalang gantikan dirinya.  Dia bukan calang-calang orang.  Dia pengajar silat.  Tinggi ilmunya!"  Aku menggetis hujung baju.  Air yang berlinangan di pipi cuba aku seka.  Tapi makin galak turunnya.



Aku tak sangka Pak Mun sanggup merentangkan dirinya.  Terikat tangan dan kaki, mata sahaja yang terlepas memandang untuk menebus aku daripada kegilaan ini.  Aku mohon Pak Mun melepaskan aku daripada semua ini.  Pak Mun setuju.  Tapi bukan begini caranya.  Kenapa Pak Mun?

Kalaulah gelap malam yang sehitam hati mereka ini mampu aku redah, akan aku redah untuk mencari Pak Mun.  Tetapi aku tahu, abah tak akan membenarkannya.  Abah juga bagai tergantung kaki ke atas kepala ke bawah mengenangkan nasib diriku.  AKu perlu keluar daripada semua ini.  Aku perlu menyingsing kain batik menyelamatkan diri daripada selut kemesuman tradisi yang sah-sah berat sebelah.  Sahih membodohkan orang-orang kampung yang dipandang bodoh oleh mereka.

oh! Pak Mun....aku terus merintih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...