BAB SATU (1)
NADA
ketukan yang kelang-kabut masih menghuni meja sebelah. Sesekali dia mengerling
kepada empunya jari. Tiada respon diterima. Seolah-olah ketukan dan kalau
dikatakan tarian pen itu beserta tuan punyanya juga tenggelam dalam kotak
dunianya sendiri.
Nayla
menyelak-nyelak malas helaian pelbagai service
request yang menadah di depannya.
Jujur sejujurnya dia benci bekerja dengan kertas; dengan komputer yang
tidak memberi reaksi dan sekadar mendengar dan menadah apa sahaja luahannya.
Di
sebalik dinding sebelah sana ,
frontliners masih sibuk melayan
pelanggan semakin ramai menjelang waktu makan tengahari. Kaunter perbankan
komersial di kawasan sibuk itu bertambah sibuk terutama pada awal minggu dan
akhir minggu.
Kadang-kadang
kerana rutin begitu, para petugas kaunter memperlahankan kelajuan setiap satu
transaksi mereka. Bagi pelanggan mereka diberi dua pilihan. Menunggu atau
beredar. Pilihan ketiga; yang kadang-kadang ada; pelanggan mengemukakan aduan. Kadang-kadang
terus ke media tempatan dan satu salinan kepada Bank Negara.
Tarian
pen yang memekakkan itu terhenti serentak beriring dengan sebuah keluhan. Nayla
tidak bereaksi waima mengerti ada yang membutuhkan bantuannya.
“Tolong
aku sekejap…” Wanita lebih kurang
sebayanya itu bersuara juga akhirnya. Nayla menolak kerusi, bangun mendapatkan
Hanisah tetapi tersentak dengan nada dering paling biasa di pendengaran yang menjengah
yang lagi.
“Ya
mak….Tak ada.” Dia membetulkan anak rambut yang menganggu perbualan. Tangan
memutar-mutar pen sambil mulut menjawab lagi, “betul. Orang tak tipu…” Matanya
tajam merenung Hanisah yang tersenyum-senyum. Bicara meletus lagi, “itukan dah
lama… cuba
mak tengok tarikhnya.”
Wanita
kelahiran bumi Cik Siti Wan Kembang berwajah manis itu tersenyum simpul setelah
berjaya mencuri dengar perbualan mereka lalu bertanya, “buat apa nak tipu mak
kau?”
No comments:
Post a Comment