Nayla
mengibas-ngibaskan jarinya yang diketuk dengan pen. Hanisah ketawa tanpa kesal.
“Zalimnya
kau ni. Aku dah suka dan rela nak tolong,
kau sakitkan aku pula.”
Digosok-gosoknya
belakang jarinya. Hanisah melambakkan tawa lagi. Surana, yang berada di meja
bersebelahan meja Nayla meletakkan jari ke bibirnya.
“Berdosa
tipu mak tau,” sakat Hanisah lagi.
“Mana
ada. Aku cakap yang betullah.”
“Betullah
sangat.”
“Okey
puan, sekarang Comparison kau tak balance berapa dan EJ kau tak balance
berapa? Nak aku tolong ke tak nak?” Nayla
membanting tubuh ke kerusi seraya berpeluk tubuh. Bicaranya beralih serius.
Hanisah
mencantumkan kesemua tapak tangannya. Nayla kemudian berdiri bercekak pinggang
dalam kebaya Kota Bharu yang menyerlahkan keanggunannya sebagai gadis graduan
bertaraf eksekutif. Kulitnya putih kuning dengan hidung mancung diapit mata
bulat besar yang dikawal kening tebal di atasnya. Waktu hampir menujah ke jam
dua belas Bermakna giliran mereka untuk
keluar berehat sudah hampir.
‘Wei.. Ma ada call
kau?’
Satu mesej pesanan
ringkas terpapar daripada Eza sebaik sahaja dia mematikan nada dering telefonnya.
Eza, sepupunya yang baru habis sekolah dan kawan baiknya dan juga kawan baik ibunya.
‘Ada .’
Dia membalas melalui
SMS juga; berlalu ke mesin pengimbas untuk mengimbas service request yang akan dihantar ke Loan Center melalui emel. CCTV yang melata di
mana-mana akan memperlihatkan kerja sebenarnya nanti kalau dia asyik melayan
telefon bimbit.
‘Ma nampak kau ada like post Pak Tam, dia
tengah naik hantu ni.’
‘Naik
hantu ke naik syaitan ke, aku tak ada masa nak layan!’ Getus hati Nayla yang sudah
mula mengkal. Dia duduk kembali di mejanya. Hanisah sudahpun mengemaskan meja.
Membetulkan tudung dengan tuntutan janjinya agar Nayla menyelesaikan kes CDMnya. Nayla mencapai pengikat rambut
dan mengemaskan mahkota kesayangannya separas bahu itu. Diikat tinggi
seakan-akan sanggul.
“Macam
dalam pantanglah pula. Besar masalah ni.”
Dia
berpusing ke arah kanannya. Surana tersenyum sambil menutup mulut.
“Aku
nak fokus ni. Hari ni nak balik cepat.”
Nayla menetapkan matlamat yang belum pasti untuk hari itu.
“Cepatlah
sangat. Kalau mak tiri kau kata cek tak balance karang… kau ingat boleh balik ke?”
sindir Surana, merujuk kepada teman sekerja yang berbadan dua dan berangin dua,
Nalini. Kerana itu dia mendapat gelaran mak tiri. Angin kus-kus yang sukar dibaca
walaupun pada hakikatnya hatinya memang baik.
Teman
bekerja yang juga teman bertekak. Mengisi hari-hari bekerja dan membuatkan masa
seakan tidak memberi izin untuk menarik nafas. Biarpun cabaran bekerja dalam organisasi
pelbagai bangsa ini terasa semakin hari semakin mencabar. Sebenarnya ia lebih memberikan dia ruang
untuk menjauhi apa yang dirasakan lebih menyesakkan dada.
No comments:
Post a Comment