..yang bernama sahabat

Thursday 16 January 2014

Menjejak Ilham Bahagia

Assalamualaikum.
foto : Carian google

Tadi, seorang penulis tersohor yang sinikal karyanya menelefon aku. Aku gelarkan dia dengan panggilan 'Pak' sebab dia lebih kurang sebaya dengan Tuan Mansor, ayahandaku.

Satu perkara yang melekat di dalam batu jemala aku ialah, kalau kau penulis tak dikenali, kukuhkan nama kau dulu sebelum buat apa-apa. Macam mana nak kukuhkan nama? Apa lagi, menulislah!

Jadinya, berbekalkan semangat tu, aku tengah meneliti semula sebuah lagi manuskrip setebal 464 muka surat untuk aku panjangkan ke sebuah syarikat penerbitan. Harap kali ini, hasilnya membahagiakan aku. Ceritanya pasal apa? Aku memang tak boleh lari daripada subjek cinta. Walaupun gaya bahasa aku dah tahap jiwang karat tahap magnet yang dah huru-hara kutubnya, aku tetap tak boleh lari daripada tema sejagat ni.

Akan datang aku kongsikan ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...