Assalamualaikum
Keesokan harinya pulak 15 Feb
2015 berlangsung satu ceramah keibubapaaan yang dianjurkan oleh Vogue Malaysia
yang berpaksi pada slogan Funtastic Parents Kids Of Jannah. Acara-acaranya
termasuklah ceramah dan drum circle untuk anak-anak. Ini kali kedua aku
terlibat dengan aktiviti ini – maksud aku jadi peserta. Kali pertama di PPAS
Shah Alam.
Lokasinya kat perkarangan blok
aku dengan kerjasama KRT Blok M dan N bersama Yayasan Bank Rakyat, Tabung Haji,
Komuniti 1M, RTC, LPPKN dan JKKKP. Acaranya berlangsung pada 2 petang tapi
terlajak beberapa ‘setengah’ sebab penceramahnya sesat.
Tajuk yang dibawa ialah Membina
Generasi Cemerlang yang dikendalikan oleh tuan Nor Azam bin Haji Mokhtar,
graduan UITM dan pemegang ijazah kedoktoran dalam pelbagai bidang. Yang aku
tahu, Vogue Malaysia yang dipresidenkan oleh Pn Jamilah Hanim ni memang
mempunyai pasukan motivator dan speaker yang hebat-hebat.
Ceramahnya berlangsung santai.
Tak adalah rigid nar. Yang sempat aku catatkan ialah generasi Y @ Why perlu
dididik untuk berfikir di luar kotak, pandai cari peluang dan perlu kuat
semangat.
acara cabutan bertuah....aku? hmmmm |
Hmmm…jenuh juga nak memikirkan
untuk menarik mereka keluar dari ‘kotak’ tu – nak-nak kotak Kpop tu….
No comments:
Post a Comment