Makna Kejayaan Dalam Hidup
Tarikhnya 14 Februari 2015.
Masanya 10.00 pagi. Tempatnya di Surau Al Islah, PJS1, dekat dengan restoran
mamak tempat aku mengeteh. GPS, aku tak tahu! Penceramah jemputan ialah Dr
Robiah K. Hamzah. Ustazah tersohor lulusan bahasa dan linguistik. Tak sedar aje
rahang aku terbuka sekejap.
Aku sampai ngam-ngam jam 10, sama
sampai dengan penceramah (tak senonoh betul! Bukan apa, cita-cita tinggi nak
jadi penceramah jugak) Tapi! Aku manage dapat seat first class depan sekali.
Bak kata Prof Kamil dalam bukunya yang masyhur tu, di Malaysia, manusia tak
berebut-rebutkan saf depan. Pergilah ke ceramah mana pun.
Aku rasakan sejam setengah tu
singkat sangat. Sepatutnya sejam aje, tapi kami drag masa kecederaan sebab
sejam Dr Robiah baru cerita pasal hadiah daripada Allah yang pertama. Topik yang dibawa ialah Makna Kejayaan Dalam
Hidup. Beliau mengungkapkan bahawa kejayaan itu, bukan letaknya pada material
semata-mata – satu kenyataan yang semua orang tahu tapi susah nak percaya.
Dunia adalah tempat pengumpulan saham menuju akhirat – satu kenyataan yang
semua orang tahu tapi susah nak buat.
Manusia dibekalkan harta
sementara yang perlu dimanipulasi seoptimum mungkin untuk mengaut sebanyak mana
saham yang boleh dikutip untuk dibawa balik ke akhirat. – satu kenyatan yang
semua orang tahu tapi ramai yang buat tak tahu
Harta yang dipinjamkan itu ialah fizikal
kita, roh, akal dan otak yang kesemua itu perlu dihargai dengan salah satu
caranya Terapi Syukur yang sangat menyentuh hati. Ia adalah pernyataan
kesyukuran kepada Allah kerana kurniaan setiap panca indera dan pelengkap jasad
yang ada pada diri manusia.
Sebelum berakhir dengan jamuan
nasi berlauk kari kambing (alhamdulillah…murah rezeki tukang sponsor) Dr Robiah
mengingatkan jemaah agar sentiasa berlapang dada dan ikhlas kerana keikhlasan
dalam berbuat apa sahaj menentukan kehidupan lebih bermakna.
Gambar? : tak tahu anak dara I pi simpan kut mana. Nanti cari.
No comments:
Post a Comment