“KAU
nak kawan dengan dia tak?” soal Faizah
semula.
Soalan itu tergantung apabila Puan Asmah muncul
menjepit buku panduan mengajar dan mengatur langkah terus ke mejanya. Seisi
kelas akur dengan arahan ketuanya mengumandangkan kesejahteraan. Ungkapan yang
tidak akan terdengar lagi selepas kawasan sekolah ditinggalkan.
Hanya di dalam siri kartun Upin dan Ipin dengan
lenggok tersendiri bikinan Ehsan. Danish meninggalkan jelingan lantas berlari
kecil menuju ke kelasnya. Sebaik sahaja kelibat Puan Asmah dilihatnya ketika
dia berada di bahagian belakang kelas 5 UPM tadi. Nadra cepat-cepat membetulkan
duduknya.
“Kau rasa macam mana?” tiba-tiba Nadra mendekatkan
tubuhnya kepada Faizah. Faizah yang buat-buat khusyuk mendengar penerangan
Cikgu Asmah itu terperanjat. Terlepas pensil dalam jepitan jarinya.
“Ish! Kau ni. Macam mana apa?” Tanya Faizah sambil
mengutip pensil yang jatuh ke lantai. Terlupa langsung pada soalan yang
ditanyanya tadi. Nadra tidak menjawab apabila tenungan Cikgu Asmah terdorong
tepat kepadanya. Apabila Cikgu Asmah berpaling dan menulis semula di papan
hitam, barulah dia kembali menyengetkan tubuhnya.
“Pasal Danish tu.”
“Dah terpikatlah tu…” usik Faizah. Nadra
tersenyum. Aaron Aziz? Jauh panggang daripada api. Namun mukanya manis dan ada
naifnya. Perawakannya juga menarik, sesuaicarian Google |
No comments:
Post a Comment