..yang bernama sahabat

Friday 14 February 2014

Berubat Dengan Makanan Sunnah Praktikal

daripada : iryaniahmad.blogspot.com
Assalamualaikum.

Apabila disebut sunnah, di dalam minda sudah tentunya, idola kita Nabi Muhammad S.A.W.  Maka sebagai idola, sewajarnya baginda menjadi ikutan termasuk makanan yang dimakannya. Apabila dinamakan sunnah, automatik kita memperoleh ganjaran pahala untuk itu. (Allahhummasalli ala Muhammad)

Saya mengenali makanan sunnah ketika berpantangkan Ummi Zahra, kini berusia 14 tahun. Omak ke Mekah menunaikan umrah dan pulang membawa cenderahati iaitu kurma dan air zam-zam. Saya tak ingat apa jenisnya tapi dari situlah saya mula meminati kurma. Kurma yang dimakan kemudian disulam minum dengan air zam-zam, sangat enak terasa.

Kemudian, baru saya perasan yang, proses penyembuhan daripada segi kesegaran tubuh menjadi lebih cepat dan saya lebih cergas dengan lebih cepat. Al maklum sahaja. Masa tu, kakaknya juga tengah lasak. Selepas itu, saya tidak pernah meninggalkan kurma, setiap kali berpantang. Jika tidak berpantang pun, kurma dan air zam-zam terus menjadi pilihan.

Antara blog yang mengkhusus kepada makanan sunnah ialah blog Iryani Ahmad yang menyediakan pelbagai informasi yang bermanfaat dan boleh dipraktis untuk semua.

klik pautan di atas dan belayarlah ke lautan ilmu. Wallah hu alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...