Carian Google |
USAI
mempengerusikan mesyuarat bulanan badan bimbingan dan kaunseling sekolah,
Danish terus meminta diri. Fail yang
mengisi salinan yang dikehendakinya terkepit erat di celah ketiak. Angin pun tak dibenar mengintai. Dia terus ke perpustakaan sekolah.
Kali
ini, dia harus bertindak segera. Kelengahan hanya akan merugikan.
Bertangguh-tangguh hanya akan nantinya menghasilkan kekesalan yang bukan
kepalang. Nadra kerap menyingkir ataupun menukar haluan setiap kali mereka
terserempak. ‘Menyampah benarkah dia padaku?’ Pesanan yang dibawa Azizan itu
tinggal pesanan. Nadra tak muncul.
Paling
menyakitkan hati, semalam dia melihat Nadra berbual-bual dengan Azhar.
Perbualan disaksikan dengan sepasang matanya dan berpasang-pasang mata termasuk
Azizan dan Jumadi. Boleh pula tergelak-gelak dan Azhar ketawa besar. Sangat
besar sehingga dirasakan frekuensi penghinaan itu menangkap sehingga ke saraf
tunjang. Meski perbualan itu disertai Faizah, gadis kecil teman rapat Nadra itu
hilang dalam picingan pandangannya. Sakit hatinya telah memadamkan terus
kelibat gadis itu.
Perpustakaan
sekolah dibuka sehingga pukul 5 petang. Untuk memudahkan pelajar-pelajar asrama
membuat rujukan. Waktu persekolahan sangat menyantak. Mana mungkin menelaah
atau menekuni bahan bacaan dengan tenang dalam masa sepuluh minit.
No comments:
Post a Comment