“Apa
ni?” Tanya Nadra. Teragak-agak. Danish hanya tersenyum.
Nadra,
saya tak pandai bergurindam seloka.
Bersajak bermadah juga bukan minat saya.
Tapi, untuk awak, saya usahakan juga.
Kilas
mata menerbitkan sinar
Saat itu
aku tak mampu untuk berpaling
Mata
pejam tidak mampu memadamkan sinar
Mata
jaga tidak terdaya menentangnya
Tumpas
aku dalam kepasrahan
Berlari
dalam selut kepayahan
Kerana
tidak dapat melupakan sinar mata itu…
Danish
Akhmal – Nur Nadra
p.s. kawan-kawan saya kata sajak ni poyo. Tapi mereka suka.
Nadra
menggeleng-geleng. Dilipatnya baik-baik dan dimasukkan ke dalam saku seluar
treknya. Tidak seperti yang dilakukan di depan perpustakaan sebelum ini. Danish
menarik nafas lega tetapi tersekat apabila tanpa terima kasih, Nadra berpaling
dan melangkah meninggalkannya.
“Nadra!” panggil Danish dan terus
mendapatkan Nadra yang sudah menghentikan langkah. Berpaling semula memandang
hairan terhadap pelajar berkulit kuning langsat itu. “Saya ada hal nak beritahu
awak ni,” beritahu Danish tanpa diaju tanya.
“Cakaplah.”
“Fasal Azhar.” Danish memuktamadkan
kata sambil memandang wajah Nadra. Reaksi selamba dipertontonkan oleh Nadra.
“Cakaplah.”
Gambar : Carian Google
No comments:
Post a Comment