“AWAK
nak ke mana?”
Bas
yang muatannya seperti sardin itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan
perhentian bas itu. Danish melihat kilasan kecewa di mata Azhar yang berdiri di
mata tangga akhir bas uzur itu.
Danish
bertanya dengan suara yang sedikit tinggi kerana tahu Nadra tidak berhaluan
ketika ini. Diheretnya gadis berkurung batik itu berlindung daripada terik
matahari yang membahang. Danish bercekak pinggang.
Sambil
nafas turun naik menanggung lelah mengejar Nadra tadi. Dia masih segak memakai
t-shirt berbelang dengan kolar yang dinaikkan. Rambutnya dibiarkan sedikit
kusut tetapi masih segak tegak mencacak dibantu gel ala KwangMin. Beg pakaian
berwarna hitam milik Nadra itu diletakkan di atas bangku perhentian bas itu.
“Nak
baliklah.” Wajah Nadra mencuka.
Bergerak-gerak bibirnya menahan sebak. Kecewa
dengan Danish yang tiba-tiba menyepi pada hari-hari akhir persekolahan
mereka. Padahal, apa yang tidak
diketahui, Danish hampir dibuang sekolah kerananya. Hampir menitis air mata
Danish di depan pengetua meraih simpati dan pengertiannya.
“Baik,
saya maafkan awak. Tapi awak mesti berjanji sesuatu dengan saya.” Tegas suara tuan pengetua meminta ikrar
Danish tanpa ampun. Tanpa lengah, angguk bertali arus sambil disaksikan oleh
Cikgu Anita. Rengusan Nadra, mengejutkannya.
“Awak
nak balik ke mana?” tanya Danish.
Danish
mengingat-ingat alamat terakhir Nadra di dalam fail peribadi yang ‘dipinjamnya’
daripada Cikgu Anita dahulu. Fail peribadi yang nyaris memadamkan namanya
daripada senarai pelajar sekolah tersebut. Nadra penghuni sebuah rumah anak
yatim. Gadis bongsu daripada dua beradik itu kematian bapa dan kehilangan ibu
yang tidak dapat dikesan jejaknya.
No comments:
Post a Comment