BAB
8
“AKU
rasa, lepas ni tak mungkin aku jejak tempat ni lagi…” Diney bersuara memecah kebekuan suhu yang
membeku.
Asap
nipis mengiringi kata-kata yang keluar daripada mulut. Aku, anak pemandu bas
awam di kota Kuala Lumpur. Ada rasa bangga dan sedih berbaur.
“Kita tak tahu. Itu rezeki,”
Mich
mahu juga bersuara.
Tangannya
yang disarung dengan sarung tangan hitam kejap memegang pemegang beg.
Menyelitkan diri dalam kelompok manusia yang lalu lalang di dalam perut lapangan
terbang itu. Pengumuman mengenai penerbangan mereka menggema membuatkan mereka
bergegasan di dalam kumpulan kecil.
“Mari kita minum dulu,” ajak seorang
rakan sebaik sahaja mereka melepasi pemeriksaan imigresen. Mencari-cari kedai
makanan segera atau outlet yang berkenaan
dengan selera.
“Aku tak sabar nak jumpa keluarga
aku. Rindu sangat,” ucap teman tadi. Mich menjuihkan bibir.
Diney buat-buat tak dengar padahal hatinya ingin melolong ingin mengungkapkan
perkataan yang sama. Namun untuk apa? Tiada bayangan sesiapa yang berbalam-balam
di depan matanya sekarang.
“Anak emak! Kenapa dulu kau terima
tawaran belajar di sini. Duduklah bawah ketiak emak,” ejek Mich.
No comments:
Post a Comment