“HA?”
Nek Ton yang sudah memutih uban di
kepalanya bertanya lagi.
Nadra
menutup mulut menahan tawa. Puan Rohana dan Encik Hashim pun tergelak kecil.
Damia sudah awal-awal lagi menghidupkan enjin sebaik sahaja barang-barang dari
dalam bonet dipindah masuk ke dalam rumah Nenek.
“Nadra… anak angkat mak!” Danish meninggikan
suara. Walaupun mulutnya diletakkan di pinggir telinga Nek Ton.
Nek
Ton yang duduk berehat di muka pintu itu mengangguk-angguk sebelum meludahkan
cairan merah ke hujung kakinya. Bersempelat sisa sirih pinang itu di merata-mara tempat di halaman. Biarpun
dia mempunyai satu tin susu khas untuk menabung sisa yang bercampur air liurnya
itu.
Nek
Ton pun ketawa. Meski pendek, bagai meraikan kepulangan mereka. Encik Hashim
satu-satunya anak lelaki Nek Ton. Lima yang lain, semuanya perempuan. Cuma
apabila cuti sekolah ataupun musim perayaan, rumah tua itu bertambah seri. Anak
cucu bergilir ganti datang dan pergi.
“Ayah
tak ada, nenek. Mak aja yang tinggal…”
Nadra menjawab jujur apabila ditanya Nek Ton tentang dirinya.
Tetapi
tidak jujur mengenai ibunya. Kerana dia sendiri tidak tahu siapa dan di mana
ibunya. Dari mulut mak cu, perempuan yang mengaku ibu saudara tetapi tidak
melaksanakan pengakuan itu sewajarnya, ibunya bukan perempuan baik. Setiap
kata-kata yang keluar dari mulut mak cu mengenai ibunya semuanya buruk-buruk
belaka. Semuanya kasar, penuh maki dan benci. Kerana itu juga, Nadra cepat
memberontak walaupun luaran kelihatannya dia disadurkan dengan kelembutan.
Cepat merajuk dan segala sifat negatif menggayut dirinya, tidak mahu
lepas.
Assalamualaikum,
ReplyDeletesaya adalah salah seorang pembaca novel-novel yang saudari tulis dan saya berminat untuk menerbitkan karya saudari untuk dijual dalam bentuk e-book.
Sila hubungi saya untuk sebarang penjelasan lanjut.
pdot.finale@gmail.com