Kasih Terpilih pada asasnya ada novel
cinta. Ia berkisar mengenai cinta tiga
segi tak kenampakan antara Misali, Aizam dan Kenny. Novel ini berlatar belakangkan negeri
Kelantan yang memberi kelebihan untuk novel tarbiah dewasa karya Ummu Itqan
atau nama facebooknya arashhalim.
Novel
ini juga berasaskan kisah benar yang berkisar
tentang pengalaman penulis ketika
menyiapkan tesis mengenai madu kelulut di tahun akhir semasa di USM. Jelas, penulis menguasai cerita sebaiknya
sama ada dari segi latar mahupun ilmu bantu kerana beliau sendiri sudah
bergelumang dengan latar dan bahan ilmu itu secara menyeluruh.
Kisah
asmara sepintas lalu secara islamik hanya ditumpangkan daripada isi cerita
mengenai kehebatan madu lebah dan madu kelulut.
Penulis juga melukiskan pengalaman mengutip madu lebah dengan terperinci
dengan menyelitkan kisah kebergantungan kepada Allah menjadi paksi utama
melalui kisah Kenny dan Aizam tersesat di dalam hutan Pedu tersebut.
Penulis
menggunakan bahasa Melayu tinggi, tidak kedapatan bahasa yang terlalu
santai. Namun, ia tidak menjejaskan
jalan cerita. Naratifnya berjela dan
karya ini bagi saya, agak kurang dialog.
Begitupun ia menjadi kekuatan novel itu kerana setiap naratifnya ialah
cerita dan ilmu, maka kita tidak boleh meninggalkan walau sebaris ayat pun.
Ada
banyak istilah sains perubatan dan sains kesihatan diketengahkan. Begitu juga pengetahuan mengenai lebah madu
yang boleh dinikmati secara bersahaja tanpa memaksa pembaca memerah minda
berbanding membaca esei ataupun karangan.
Permainan bahasa penulis bagi saya sangat sederhana tetapi penulis
mempunyai kelebihan menguasai kosa kata.
Plotnya
lembut beralun menjadikan pembaca tidak perlu tergesa-gesa menghabiskannya
tetapi tetap mengikat pembaca untuk menghabiskan bacaan sehingga ke
penamatnya. Bagaimanapun isi cerita
sudah dapat ditebak dari awal lagi.
Kisah Kenny yang mencari diri dan memeluk Islam dan hidayah datang
kepadanya melalui pembacaan dan sebuah mimpi ngeri bagi saya adalah terlalu
klise.
Bezanya,
penulis membawa konsep Muhajirin dan Ansar dan membawa pembaca larut bersama
perasaan seorang Muhajirin (Kenny) dan pengorbanan suci seorang Ansar
(Aizam). Sikap dingin Aizam terhadap
Misali juga sudah dapat diduga akan bertukar seperti mana yang terdapat di
dalam novel-novel lain yang terdapat di pasaran sekarang.
Saya sukakan novel ini kerana ilmunya, sudahpun saya kutip dan simpan dalam buku nota
No comments:
Post a Comment