..yang bernama sahabat

Wednesday, 15 May 2013

mari Baca Cerpen @ SACC Mall pada 26 Mei 2013 sempena Pesta Buku Selangor

aku Monalita Mansor, jantinanya perempuan.  Jadi sekuntum bunga dalam gambar ini, itulah aku....

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah bendanya Baca Cerpen tu.  Macam mana baca cerpen?  sama macam baca buku ke?  sama macam baca sajak ke?  Jawapannya macam ni.


Pernah melihat adegan pelakon sedang membaca skrip?  Atau anda terlibat secara langsung dengan 
sahabat-sahabat di dalam dunia penerbitan.  

Begitulah prosesnya lebih kurang.  Bezanya baca cerpen bukannya syok sendiri dan ada ruang masanya.  Bukannya baca untuk syok sendiri.  kalau untuk syok sendiri, bacalah korang sorang-sorang sambil bergolek gelantang dekat atas tilam.

Saya terlibat dengan acara baca cerpen setelah menerima jemputan teman penulis, sdr Uthaya http://en.wikipedia.org/wiki/Uthaya_Sankar_SB ke acara Baca Cerpen sempena Bulan Bahasa Kebangsaan tahun lepas di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sebenarnya, saya meredah sahaja.  langsung tak tahu apakah bendanya baca cerpen ni.

Sebelum acara dimulakan, sdr Uthaya memberikan sedikit sebanyak panduan.  Cuma baca satu atau dua muka, biasanya diberi tempoh lima minit dengan gaya, intonasi sendiri.  Ia bukanlah sekadar bacaan karangan kerana intonasi dan gaya mempengaruhi perasaan pendengar ketika itu.  Perasaan itu akan terbawa-bawa di hati pembaca untuk terus menghayati karya tersebut.

   Izan Ali,http://www.arrazi.my/?novelis-%C2%BB-izan-ali,32 adalah antara cerpenis yang mengambil langkah berani merakamkan bacaan cerpennya di dalam cakera padat dengan disertakan lagu yang saya kira dipetik dari naskah sajak.  

Oleh itu, saya mengajak kawan-kawan yang berkesempatan untuk turut serta dalam acara Baca Cerpen yang dianjurkan oleh kumpulan sasterawan Kayvan di SACC Mall pada 26 Mei 2013 sempena Pesta Buku Selangor 2013 nanti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...